Pages

Tuesday, December 28, 2010

Hari Yang Sux + Superb!


25 Disember 2010. Pergi open house rumah Theresa kat Bumiko. Best betul dapat jumpa balik kawan2 sekolah dulu. Boleh la dianggap macam mini reunion. Masing2 skang dah besar, tengok Thres tu, dah ade anak kot. HAHAHA gurau2, tu anak buah dia. Lepas lepak2, gelak2 kat rumah thres, aku ngn fakrullah pergi kat tempat karok. Aku sekadar menumpang je sebab lepas tu Mahmud nak pick up aku gi lepak tempat lain plak. Sambil2 lepak tu aku melalak la sikit2 hahaha. Lepak dalam setengah jam, Mahmud pun sampai. Tengok2 ada lagi 4 org dalam kete. So berhimpit la sikit, pergi minum kat bandar. Minum2 lepak2, pastu meneruskan agenda kat esplanade. Rupa2nya malam tu birthday Bob (tiga dari kiri, baris belakang). Ade kek besar gedabak. Tapi disebabkan aku agak kekenyangan dan jenis tak suka kek, so aku tak makan lah. So melepak2 la lagi kat tepi pantai tuh.

Bila dah bosan lepak tepi pantai, kitorang pun menuju ke tempat main snooker + pool yang dinamakan Happy. Kelakar betul nama hahahahhaa. Lame jugak lah kitorang main pool. Dan aku secara tak dirancang berjaya masukkan bola 5 kali straight. HAHAHA. Lepas masing2 dah penat + ngantuk, kitorang pun balik. Dalam pukul 4.15 camtu kot. Kalo kat semenanjung dalam pukul 5.30 lahh.

Ok ini cerita hari yang superb. Nak dengar cerita yang sux? Tunggu next post. GAHAHAHAHA

0 comments: