Pages

Wednesday, February 01, 2012

Final Year Second Semester


Best tak jadual sem ni?

Day/

Time

8-9

9-10

10-11

11-12

12-1

1-2

2-3

3-4

4-5

5-6

Mon.

PPO

13-02-05

EIS

C1

Tues.

CA

D2

PPO

13-02-05

Wed.

CA

D2

EIS

C1

Thur.

PPO Tutorial

14-02-09

PPO

C2

Fri.


Sunday, September 11, 2011

The Legend of Condor Lovers.









Dah bertahun-tahun aku try cari series ni, tapi masih tak jumpa2. Serius, ini series paling nostalgik bagi aku lepas The Good Old Days. Kalau korang nak tahu, series ni ditayangkan kat TV3 tahun 2000 dulu (dah 11 tahun wehhh!) pukul 6 petang Isnin-Jumaat. Kalau sape2 ternampak VCD/DVD cter ni kat kedai, sile bagitau akuuuu!

To future girlfriend, sile bagi VCD/DVD cter ni sebagai hadiah besday aku.

OR

To future wife, sile bagi VCD/DVD cter ni sebagai hantaran. Aku tak mau jam kasut maupun minyak wangi hahaha!

Monday, August 22, 2011

Faces (and moments) I Miss.


Kehidupan internship sbenanye banyak kenangan manis, walaupun bekerje memang benda yang membosankan. Yeah, internship itu seronok kecuali yang tertakluk dalam working hours. Dah sebulan lebih meninggalkan internship & Miri, tetiba terkenang plak life kat sana.. Tersenyum sorang2 bila usha gambar2 time intern haha... Meh mengimbau kembali kenangan itu~ (gila sentimental)

(Randomly picked from thousands of pics)


Malam Xmas di rumah Theresa. Ada majlis makan2, ni first time aku jumpa ex-schoolmate sejak pindah semenanjung. Siang tu aku pergi hiking kat Lambir ngan bebudak intern, memang sumpah pancit gila bab. Tapi yang herannye malam tu lepas makan2, bleh plak layan pool sampai pukul 3 pagi. Gila kentang.



Tak ingat hari ni buat apa. Main boling kot? Time tu dah lama gila tak jumpa Seetah, Azi, ngan Kalus. Hope can meet u guys again :)



Pertemuan pertama selepas bertahun2 tak jumpa, ex-schoolmate sekolah rendah (Nazura and Ema). Paling kiri sekali, Shedah, baru kenal hari tu hehe. Agak motif amik gambar depan kedai tuh. Hari tu hujan lebat, tak leh nak wat aktiviti luar so melepak kat mall je lah.



Cave treking kat Gua Niah. Hari tu semua bengang kat aku sebab suruh diorang overprepared ngn baju trekking pe sume. Padahal orang2 kat situ ilek je pakai suar jeans dondong anak trekking gua. Hahaha. On the way balik kitorang wat radio sendiri yakni melalak2 dalam hutan tuh. Nasib baik penunggu tak marah haha. Btw, spot the ayam serama?



Memperkenalkan Dila dan Aiman. Aiman aku kenal time dekat IB kat Sri KDU dulu, Dila pulak kawan rapat Aiman kat Curtin. Ni gambar kat Jerudong Park, Brunei. Last time aku pergi situ time umur 9 tahun kot, which was in 1999. Haha gila berkurun. Sepatutnye ktorang pergi balik hari je, tapi disebabkan satu insiden, kitorang terkandas kat Brunei. Since tak plan pun nak overnight, kitorang terpaksa amik keputusan drastik untuk tidur kat masjid je. Haha. Gila menggigil2 aku tidur dalam masjid sbb aircond terpasang dan aku tak tau camne nak switch off. Esoknye pakcik2 kat masjid tu belanja kitorang sarapan. Memang peramah habis orang Brunei. Kalau nak dibandingkan, this trip was the most memorable one :)



Road trip to Bintulu, kat sana jumpe ngn bebudak UTP yang intern kat Bintulu. Aim sebenar nak mandi 'air terjun' bak kata Yana, tapi sampai2 je semua kecewa (kecuali Yana hahaha). Air terjun yang tak sebesar diharap. More to lopak air gergasi kot? Tapi ade jgk la air yang terjun dari atas. Huehe. Petang tu sempat melepak kat pantai Tanjung Batu, sumpah lawa (berbanding ngan pantai miri yg brownish). Then melantak ayam penyet terbaek, di mana aku mula jatuh cinta ngan sambal belacan.



On the way nak mendaki Bukit Kasut. Turut dijoin oleh senior UTP merangkap PTech Shell Miri ngan 2 orang student Curtin. Pengalaman hiking paling scary dalam hidup. Ade sampai kena mendaki 90 darjah dengan batu2 yang licin dan tajam (hari tu hujan). Disebabkan hujan makin lebat, kitorang pun terpaksa surrender. Turun balik walaupun dah separuh jalan. Rugi2. Yang memenatkan bukan time mendaki, tapi time trekking nak pergi kaki bukit. Meredah lumpur gila bab kot



My first trip to Bario (I promise it won't be the last!) bersama rumet UTP/housemate intern Ben, ex-schoolmate/bdak Curtin Edwin and the rest are Curtin students. Yang mak cik tu pulak owner homestay tu, Nancy. Great hospitality. Pemandangan tak jauh beza pun dengan kampung aku dekat Sik, Kedah. Tapi sini sejuk sikit la, and hidup lagi sederhana. This place is so remote that trip on land will take at least 8 hours on the logging track. Kitorang naik flight je~



Ni time attachment kat Miri Crude Oil Terminal. Time ni la baru merasa panas terik kat field, selama ni duduk office membekukan diri sebab aircond sejuk nak mampos. Time ni jugak la dapat tengok betapa 'orang-orang bawah' bertungkus lumus untuk 'orang-orang atas'. Personally aku lagi respect those in coveralls than those in suits.



Malam melantak kek ngan ex-schoolmate. Thres, Afie, dan Mahmud. Memang gelak sakan malam tuh. Lepak sampai kedai nak tutup, nasib baik tak kena halau je. Haha. Gambar ni agak misteri sikit sbb tetiba je sume jadi biru. Seram2.



Ni Pesta Kaul kat Mukah. Dari Miri nak ke Mukah dalam 8 jam drive. Aku memang suka roadtrip2 camni. Dalam kete mesti kepala aku melayang2 dalam erti kata layan blues la. Haha. Hari tu aku tak sihat, selesema, batuk, ngan sakit kepala. So agak kurang enjoy di situ. Tapi best dapat tengok tempat orang. Sesi karoke dalam kete time on the way balik memang takkan aku lupa. :D



Mandi-manda terakhir kat Lambir sebelum habis intern. Ada bbq jugak hari tu. Tu kali ketiga ke keempat mandi kat situ. Aku rasa orang jaga kaunter kat situ pun dah muak tengok muka kitorang. Haha. Malam sebelum tu kitorang bertungkus lumus marinade ayam dan sosej kat umah dak pompuan. Resipi marinade? Ntah segala macam dicampur. Agak experimental. Tapi sedap jugak hehe.



Dinner bersama time minggu terakhir sebelum habis intern kat restoran paling sedap kat Miri, Sajian Warisan. Sume orang nampak happy giler en en? Sebenarnya kitorang buat-buat gelak jer nak kasi berseri sket gambar. Haha. Great time :)


Well, tu je kot gambar2 yg aku dapat post. Dah malas nak belek lebih2. Ni semua pun sebenarnya belum cukup untuk aku gambarkan pasal life during internship. Aku dah pun tunaikan janji kat diri sendiri dulu untuk kembali ke Miri. Papehal, it was an awesome 8 months with awesome people. It was legend-wait for it-dary!

Tuesday, August 09, 2011

Sawang

Gila bersawang dah blog aku ni. Kesian takde sape nak jaga. Aih cuti 2 bulan ni ape patut aku buat??

Saturday, May 28, 2011

Counting Weeks


Week 26 approaching. 2 weeks to presentation.
Log book: Updated
Project: Terbengkalai
Presentation slides: 47.35% done

AOB;
$$= mengalir selaju cahaya
Workout: Makin jarang. Fak fak fak!
Weekends: More boring than before

Mula2 intern aku ada RM X,XXX.
Sekarang dah kurang sebanyak 50%.
Sumpah hairan. Sumpah!


Thursday, May 19, 2011

Cepatlah Wehh


Doraemon sila tolong saya!

Tuesday, April 26, 2011

Kelabit Highlands, Bario!


CEKIDAUTT!!

Klik!


Thursday, March 24, 2011